Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Title entry kali ini agak menggembirakan semua pihak. /Eh?\ Tak ada lah semua pihak, tetapi saya gembira sangat. Nak tahu kenapa? Continue reading....

Actually, saya happy sebab semalam guru kelas bagitahu kedudukan kelas yang terbaru dan hari ini ada lagi cikgu bagitahu balik tentang kedudukan kelas yang terkini. Saya agak gembira sebab saya dapat sekelas dengan BFF macam tahun lepas dan masih kekal kelas pertama tanpa Arab macam last year. Tadi jugaklah cikgu-cikgu suruh form 2 berpindah ke kelas masing-masing. Nasib baik tadi tak perlu pindah kelas lagi. Kalau tidak, kenalah angkut satu-satu buku dan perkakas dalam meja tu. Hihi.

Tapi lepas ini maybe memang kena pindah naik atas balik sebab form 2 tahun ni memang sikit sangat berbanding form 1, so cikgu tutup satu kelas terakhir dan nanti salah satu kelas form 2 sekarang, maybe akan jadi kelas kami. Kelas asal kami atapnya bocor dan belum dibaiki. Kami sekarang duduk kat kelas form 4 yang jauh nun di sana. Tapi saya tak sure yang kelas kami perlu pindah naik atas sebab ramai cikgu bagitahu yang kelas kami stay je kat sini. Huhu.

Dah lah elektrik kejap-kejap ada, then tak ada pulak. Kipas slow sangat. Tapi apa-apa pun saya tetap bersyukur dengan keputusan cikgu-cikgu tu. Tak kisah lah kalau kipas slow ke apa tapi asalkan kitorang dapat belajar dengan gembira. Hihi. Ce bayangkan kalau tak dapat sekelas dengan bff. Mesti belajar pun tak enjoy. Kesian kat seorang kawan saya, dia tak dapat segeng dengan kawan-kawan dia.

Tadi pun ada yang menangis. Sebak je tengok. Saya ni, dah kira okayy sangat dapat sekelas dengan bff. Kelas pertama pulak. Hehe. Tapi kan, serious okayy, kat kelas ni, kalau datang awal, memang agak takut sedikit. Sebab jauh sangat dari kelas lain. Sebelah court and padang pulak tu. Lampu pun, kadang ada kadang tak ada. Kawan saya selalu datang awal. Saya? Memang tidaklah datang awal. Haha.

Agak-agaknya result saya waktu peperiksaan last year berapa ya? Hihi. Guess how many A's I got. Jeng jeng jeng. Saya dapat 3A 5B. Keputusan tidak memuaskan tapi kira okayy dah sebab tak ada C. Kedudukan dalam tingkatan pulak, number 3 over 90 plus. Ayah and mama suruh dapatkan number 1. Err, macam tak yakin sebab kawan saya yang selalu dapat number 1 tu bijak sangat la. Entah la. Tapi lepas ni, kena berusaha lebih bersungguh-sungguh lagi. Aja aja fighting!
Alhamdulillah. Syukran Allah.
Till then, Assalamualaikum.

School. Holiday.

Assalamualaikum
Kenapa saya semangat je ni nak post pasal kembali ke sekolah? Awak yang baca ni, barang-barang sekolah dah beli? Kasut, beg, baju sekolah, kain sekolah, tudung sekolah (untuk perempuan, alat tulis. Apa lagi yang saya tak senaraikan? Yang penting semua dah beli ke? Sekolah dah tak lama ni.

Oh Oh Oh, nasib baik lah mama saya belikan barang sekolah waktu awal-awal cuti sekolah lagi. Kan mudah, akhir-akhir cuti ni mesti sesak kedai-kedai kan kan kan. Semua barang sekolah dah tersedia, tinggal tunggu nak gi sekolah je. Adik-adik pun dah sibuk buat fashion show baju sekolah, berkasut sekali, tau tau. Haha. Tahun depan semua adik-adik saya dah sekolah. Cuma seorang je. Still a baby, baru 4 month la.

31 Disember ni kena pergi sekolah. Hari pendaftaran. Actually, saya double super excited tau sebab dah lama tak jumpa bestfriends saya. Rinduuuuuu. Ececeh *u.u*. Serious ni, tak tipu. Awak pun mesti macam tu.

Tapi kan, saya macam tak percaya tahun depan saya dah fourteen. Eh betul ke betul ke? *tampar pipi*. *pang!* Oh, betul la. Tak mimpi. 4teen? Siapa kat sini 4teen? Angkat lappy plus angkat kaki. Haha abaikan :p Saya nak bagitahu, khas buat sesiapa yang bakal form 1 tahun depan. Bersedialah menghadapi PBS. Jangan gementar, hadapinya dengan tenang. *Cewahh ayat*. Kepada #Batch99's, maybe form 2 tak sepening form 1 sebab kita dah mula faham apa sebenarnya yang PBS mahukan dan kita juga dah faham apa itu PBS. So, Chaiyok Chaiyok!

2013 ! Please be nice to me. Assalamualaikum . xx