END OF CFS IIUM LIFE (2017-2018)

Assalamualaikum readers.

i'm back on track in 2018 lol it has been 3 years plus plus since my last entry in 2015. so the reason why i'm writing this entry is to share my excitement with my dear readers that i'm done with my 1 year of foundation life in May 2018. for those who don't know, i entered CFS IIUM in June 2017 and finished my foundation in May 2018. to be very honest, it was a very challenging and tough year. i'm not even kidding that i was crying day and night in my first month there since i was homesick as i never stayed at hostel before (in high school). for me, it is kinda hard to adapt with the hostel lifestyle but i'm very grateful that i have Kamilla, Aqar, Erra as my roommates in sem 1 and sem 2 but in sem 3 all foundation students in CFS IIUM Petaling Jaya need to move to IIUM Kuantan and CFS Gambang so the two of us had to move to CFS Gambang and IIUM Kuantan because we're from different course (Aqar and Erra course dentistry, me and Kamilla course medicine). Aqar and Erra to Gambang while me and Kamilla to Kuantan. so we have two new roomies which were Sofiya and Ellya. i couldn't be more grateful that all of my roomies were all awesome that made my foundation life a lot better. love yall.

these are my roommate in sem 1 and sem 2 (anyway, erra is my schoolmate but even i ada schoolmate as roommate, i still homesick because we both tak pernah duduk asrama)

my roommates in sem 3

friendssss ;
my first time pergi rooftop kat CFS PJ

my labmates time sem 1

sisters of section 810 (sem 1)

sisters of section 813 (sem 3)

hehe merasa jugak lah celebrate my 19th birthday kat mahallah talhah (mahallah cfs)

ni time hangout during study week for final exam semester 3

last paper which was Statistics - 12 May 2018 (that day marks the day i finished my foundation in medicine in CFS IIUM) 
my foundation life became a lot brighter and better because of these people! i'm glad you are with me throughout my foundation life. hey, i couldn't survive my foundation life without you guys!! i love you!! we've reached the end of the entry. fyi i will pursue my study in bachelor of medicine and bachelor of surgery in IIUM (MBBS). the enrolment is just around the corner (26 August 2018). wish me luck dear readers!!

Till then, Assalamualaikum.

School #FirstDay (2015)

Assalamualaikum readers.

Harini 11 Jan first day sekolah. Hahaha datang-datang sekolah dalam pukul 7 pagi terus masuk kelas. {{kita dah tak payah tunggu kat minang tu haha}}, at first kerusi meja apa semua dah tersusun elok dah lepastu cerita-cerita la ngan kengkawan sebab dah lama kot cuti (ceh macam tak jumpa je time cuti lol), yelah gelak-gelak sakan dulu lah kan.

Okay then loceng bunyi. Kena gi dewan semua. So bila kita ni dah pengawas terpaksa la kena duduk belakang sekali. Tapi nasib baik cikgu buat pengumuman, budak-budak yang dapat duit hafazan kena duk depan sekali sebab nanti senang nak keluar. So duduk depan la aku {{tapi belakang cikgu-cikgu laki la}}, so awkward gak sebab kena duduk depan budak-budak laki. Okay after dah perhimpunan apa semua, masuk kelas ah. Tak belajar lagi sebab kena settle perlantikan jawatan dalam kelas. Okay dah lepastu recess {{recess kite dah lewat sebab kite dah upper form}} Hahaha.

Lepastu after rehat baru start belajar. Belajar sivik, cg bagi peluang cakap apapun kita nak cakap. Best gak time ni even malu sikit sebab tak biasa lagi kan dengan new classmate hahaha. Pastu subjek english. Weh takut weh nak exam english masa tc explain pasal exam {{paper 1 and 2}}. Banyak gila kot essay kena buat. Pastu 350 words pulak tu, agak-agak satu muka surat + separuh muka surat. Banyak gila kot. Aku paling banyak pun masa lower form, essay 1 muka surat. Paling banyak tu woi. Ahhhh kena banyak baca lagi ah kalau nak reti tulis essay. Haihhh. Berdebar pulak tetiba nak spm tahun depan T_T

Till then, Assalamualaikum.

Selamat Tinggal 2014

Assalamualaikum readers.



So yeah lama gila en aku tak update entry. {{setahun weh tak update}} Actually aku tak update sebab aku tetiba rasa cam malas gila dah nak blogging, pastu kan pastu kan harini {{11 Jan}} tetiba aku rasa nak sambung blogging. Sayang ah pulak kat dunia blogging. Dah lama kot aku berkecimpung dalam dunia blogging. Boleh kata semua dah aku alami like kena bash etc ok tu memang perkara biasa kalau dah jadi blogger kan. Dah boleh wat lek wat cool. Hahaha

Okay senanye aku dah lewat update entry new year wakakaka. I dont even care lol sebab aku tahu takde orang nak baca pun aihh. Yelah dah berkesempatan ni en so wishing ya all Happy New Year.

Weh weh aku dah form 4. Sedar tak sedar lagi setahun nak SPM dah weh. Kalau dah tahun baru mesti lah azam pun kena baru kan. So harapan aku, aku boleh catch up semua benda yang cikgu ajar. Semua subjek baru en. Fyi, aku ambik pure science {{nak jadi doc lah katakan}}. Ok aku kena hadapi subject-subject killer dengan tenang. {{takut gak senanya}}. Aku tak boleh dah la malas. Dah upper form kot. Hahaha

Till then, Assalamualaikum.

Happy Teacher's Day!

Assalamualaikum readers.


Sempena Hari Guru ini, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih buat semua guru di seluruh Malaysia terutamanya mama aku sendiri. Terima kasih atas jasa kalian dalam membimbing aku sehingga sekarang. Aku sayang cikgu-cikgu aku. Selamat Hari Guru! Jasamu sentiasa dikenang selalu.

Teringat pulak masa sekolah rendah, Aku selalu baca sajak hari guru. Persembahan hari guru. Ahh, I miss the memories when I still in standard 1 to 6. Sekarang dah form 4. Dah tak selalu baca sajak kat depan orang ramai. Tapi pernah juga, baca sajak masa form 2, ada pertandingan sempena Merdeka Day. Tu pun first time sepanjang sekolah menengah ni. Aku dengan kawan aku baca sajak merdeka, wakil kelas. Even tak menang, tapi kitorang dapat pengalaman dari tu.

Aku memang suka tau baca sajak ni. Compare to puisi, syair, pantun, aku prefer sajak. Hehe. Dalam suka tu lah, sometimes malu sebab kena berdepan dengan orang ramai kan. Hahaha. Aku sangat suka sajak karya Usman Awang. Bila baca je sajak tahun 1979 ni, rasa bersemangat.


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
1979

Happy Teacher's Day to all teachers in the world

Till then, Assalamualaikum.

Happy Birthday Mama!

Assalamualaikum readers.


My mom and dad is my everything. I love both of them till Jannah. Eventhough sometimes they scold me, I don't really mind because I know, marah tanda sayang. You know exactly right? 

So today is January 26. For sure there's someone wondering, what's wrong with that date? Hehehe. Let me tell you guys. Today, is a very meaningful day to me and my family. Yes, VERY VERY meaningful day. Not because today is my birthday but it is my mom's birthday. I created this entry to wish a Happy Birthday to my beloved Mama.


Mama, thank you for everything. Thank you for your sacrifice to raise me up until I am now fifteen years old. {{not official fifteen}}. Thank you is not enough actually to pay your sacrifice to me. Yes, I have the best MOM in the world. Without you, I'm nothing Mama. You always support me. You never let me down. And I know why, cause you love me.

I will study harder after this. I wanna see you happy to see my successful achievement. Someday, I'll make mama and ayah proud. I want to be a successful and useful person like what you always told me and my siblings. I want to further my studies to overseas. I always remember this, when me and my siblings talk about my cousin who is studying abroad, you always told us "Belajar rajin-rajin nanti boleh sambung belajar kat luar negara macam kak ngah. Mama ngan ayah boleh melawat kakak kat sana." This always made my day.

Once again, Happy Birthday Mama! May Allah bless you always. We all love you forever XD

 USAHA. DOA. TAWAKAL. InsyaAllah berjaya :)
Till then, Assalamualaikum.

First day of school session ^^

Assalamualaikum readers.


Welcome 2014! Hari ini, 1 January 2014, bermulalah sesi persekolahan untuk tahun 2014. Yes, I'm fifteen but not official fifteen. Hehehe. Alhamdulillah, harini semuanya berjalan dengan lancar.

Pagi-pagi Ila sampai sekolah dalam lebih kurang pukul 6.45 {{awal gila kan? haha}} Lol nak tanda tempat awal punya pasal en. Haha. Okay okay. Ila datang tu dah ada dah budak form 1 yang datang tunggu kat pondok Minang. Dalam lima minit tunggu, classmate Ila datang. Dia ajak naik, so Ila pergi lah. Gelap gila youuuu.

Okay tak sampai 10 minit. Dah ramai yang datang. Masa tu day datang then terus tunjuk hasil sketch kedudukan kelas. Kitorang pilih yang paling sesuai dan majoriti setuju. Tapi kitorang tak susun before assembly sebab tak sempat dah. Masa assembly tamat, cepat-cepat masuk kelas lepastu susun meja before guru kelas masuk.

Then, guru kelas masuk discuss pasal kelas. Pemilihan ketua, penolong ketua and etc. Ila jadi penolong Bendahari. 3 tahun berturut-turut. Masa form 1, Ila jadi Bendahari. Form 2 and Form 3 jadi Pen. Bendahari. K, turun pangkat. Hahaha. Dah siap bincang apa semua, sesi pembelajaran bermula seperti biasa.

Mula belajar dengan subject kedua, iaitu Sejarah. Okay subject killer. Cikgu masuk macam biasa. Alhamdulillah fahamlah sikit-sikit. Doakan Ila supaya sentiasa faham apa yang cikgu ajar ya. Amin ~ Okay first day dah ada homework. Actually Ila kena buat nota sejarah dah ni tapi pause kejap memandangkan esok tak ada subject sejarah. Ni sebenarnya tengah rushing type entry ni sebab nak sambung buat nota. Ila suka sangat sebab cikgu bagi bebas kita nak buat nota cemana. Asalkan kita faham. Nak type guna laptop pun boleh. Hehehe.

Lepastu recess. Okay after recess, subject pendidikan Islam. Masuk intan cyber. Tak mula belajar lagi cuma ustazah jelaskan lah tajuk-tajuk / topik-topik yang kitorang akan belajar. After subject pendidikan Islam, subject sivik. Then, subject Math. Dah mula belajar bab 1. Dan dah diberikan homework. Ila dah siapkan petang tadi atas bantuan Insyi jugak lah. Ila call dia then tanya soalan yang tak faham. Ila rasa macam susah gila tapi Insyi sekejap je dah siap. {{Ila memang tak reti sangat subject math. Hurm T_T}}

Okay, so harini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.
Semoga tahun 2014 adalah lebih baik dari tahun 2013. InsyaAllah :)

Till then, Assalamualaikum.

Tips Exam #1

Assalamualaikum readers.

Hari ini Ila nak share tips exam sikit. Actually, Ila sendiri pun tak cuba lagi tips ni sebab Ila jumpa tips ni beberapa hari lepas. So memang belum ada exam {{holiday la}}. InsyaAllah nanti semasa exam, Ila akan cuba amalkan tips ni. Siapa tahu, menjadi kan? Rujuk gambar kat bawah ya.

Till then, Assalamualaikum.

Mutiara Kata

Assalamualaikum readers :)


Entry kali ini sebenarnya nak share sesuatu yang saya rasa sangat perlu untuk kita semua baca. Mutiara kata ini juga untuk peringatan diri saya sendiri juga. Jom sama-sama baca ^^


Jangan berbangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal, kerana pakaian terakhir kita nanti ialah kain kapan.

Jangan berbangga dan berlagak sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita ialah van jenazah dan papan keranda.

Janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad.

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana kerana rumah terakhir kita nanti ialah kubur bertiang dua.

Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana apabila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran al-marhum.

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak dan cantik kerana apabila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi tengkorak dan dimakan cacing.

"Sharing is Caring" 
Till then, Assalamualaikum.

Tutorial : Cbox with Background

Assalamualaikum.


Tuto kali ini ialah macam mana nak buat cbox with background. Tengok contoh gambar kat bawah kalau tak tahu

{contoh}

Step by step
1. Copy code di bawah
<center><div style="background:url(URL BACKGROUND) repeat; border:0px solid #000;padding:5px;width:220px;"> <div style="width:220px;background:#fff;"> CODE CBOX </div></center>
2. Template Designer / Denim
- Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript > Paste code

3. Template Classic / Blogskin
- Dashboard > Template > Paste dekat mana yang korang nak letak cbox ni

4. Preview and save

Clue :
Red - URL Background
Blue - Code cbox korang
Credit : Kak Atiqah 
Till then, Assalamualaikum.

Tutorial : Name and URL box

Assalamualaikum.

Today Ila nak buat tuto macam mana nak letak name and url box macam dekat bahagian affies blog ila ni.

{contoh name and url box}

Step by step

1. Copy code di bawah
<center><table cellpadding="2" cellspacing="2" width="180">
<tr><td><b>NAME :</b> <input type="text" size="11" value="Your Name" style="width:170px;
color:#000;border:1px  dotted #FFB2C3;background-color:#ffffff;" onclick="this.focus()" onfocus="this.select()"></td></tr><tr>
<td><b>URL :</b> <input type="text" size="11" value="URL Blog" style="width:170px;
color:#000;border:1px dotted #FFB2C3;background-color:#ffffff;" onclick="this.focus()" onfocus="this.select()"><tr></table></center>
2. Template Designer / Denim
- Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript > Paste code

3. Template Classic / Blogskin
- Dashboard > Template > Paste dekat mana yang korang nak letak box ni

4. Preview and save

Clue :
Red - Nama
Blue - URL blog
Orange - border box tu
Credit : Kak Atiqah 
Till then, Assalamualaikum.

Freebies : Special Font (EXO)

Assalamualaikum.

Mesti ada juga korang yang tercari-cari font exo kan kan? Hehe so today I just wanna share the font with you guys. Korang tak tahu contoh EXO font? Haa, tengok gambar bawah ni.


 Nama font ni 'exoziti'

FYI, this is not my font so credit to exopanda.

Till then, Assalamualaikum.

What happen with the follower widget?

Assalamualaikum.


As you all know {{maybe ada lagi yang belum tahu}}, follower widget sekarang dah tak ada kan? Okay Ila pun tak tahu kenapa. Ila dah check dah. Memang semua blog yang ada follower widget, semua akan jadi macam ni :


Betul tak? Even blog Ila pun dah tak ada follower widget tu. Lepas je tengok follower widget dah tak ada, Ila terus buat follow button kat bahagian navigation tu. 

Ila pun risau jugak ni sebab Ila kan tengah buat giveaway, so takut time korang follow, tak boleh pulak. Actually, follow button ni ada limit tau. Kalau korang dah follow 300 blog, memang follow button ni dah tak boleh guna. Like me, sebenarnya Ila dah limit dah. 

So for those yang nak join Ila punya giveaway, korang try je lah dulu follow guna follow button tu. Kot-kot belum limit lagi ke kan. Tapi kalau memang dah tak boleh tu, tak apa lah.
If ada yang tahu nak solve problem ni, leave your comment ^^
Till then, Assalamualaikum.

Life? Mid-year exam?

Assalamualaikum.

Lama betul Ila tak update blog pasal life Ila kan. Asyik-asyik giveaway, giveaway. Haha. I kan memang suka join giveaway *sukalah sangat :p* , haha takde lah suka sangat. Kalau tengok syarat senang, simple as ABC confirm dengan suka hati Ila join. Ramai blogger tinggalkan jejak kat chatbox jemput join giveaway diorang. InsyaAllah kalau ada masa nanti Ila join giveaway korang kay.

Btw, design blog ni pun dah nampak macam simple dah. Dah tak ada yang menariknya. Yes, Ila ingat nak edit sikit blog ni. Kasi cun lagi. Ceh, ayat bajet macam blog ni cun. Hahaha. But now, I'm very very busy. Seriously, dengan homework yang banyak. Paling banyak nota lah. Fuhhhh.

Tapi sempat jugak Ila ambik tempahan edit blog and so on. Hehe the best way to make money. Opss, correction, the best way to get topup. FYI, tempahan yang Ila buat bayaran melalui topup celcom ye. Ila terharu sangat sebab ada yang sudi buat tempahan full edit blog dengan Ila. Thanks to adik MalihahMunirah sebab sudi tempah ngan Ila. Dah siap dah edit blog Malihah. Full edit just RM10. Ila edit berdasarkan details yang adik Malihah bagi. Kalau ada yang macam tak sesuai, Ila tukar. Alhamdulillah dapat customer tak cerewet sangat. Thanks jugak kat adik sebab sabar menunggu. Ila ambil masa dua tiga hari edit blog dia. Read here for more details.

Okay last week, Ila dapat tahu keputusan mid-year exam. Jeng, jeng, jeng, Ila dapat number 3 over 90+ *I dah lupa*. Last year pun number 3 jugak. Tapi nak jugak naik satu anak tangga ke dua ke. Haha. Tapi macam tengah daydreaming je. Haha. But for final year exam, I'll do better than mid-year exam. Saya nak 8A. Huahuahua, exam kali ni memang lah naik gred tapi ada 'c'. Tu yang tak best tu. Eheks.
Life is difficult, but once understood, life is no longer difficult :)
Thats all for now. Till then, Assalamualaikum.

Blog NNabilahZ bertukar design ^^

Assalamualaikum.

Eh korang, okay tak design baru blog Ila? Okay tak okay tak? Hehehe, bagi lah pendapat sikit. Yang mana korang rasa tak sesuai dalam blog ni, comment okayy, nanti Ila buang. Tak lah menyerabutkan korang pulak. Allright? Ehehe :D


Tema masih ditetapkan. Weheee, pink dicampurkan dengan colour yellow tapi lebih banyak pink lah. Okayy, meh nak cerita satu-satu. Tang header dulu ya. Actually, idea untuk konsep header Ila ni, Ila dapat lepas blogwalking blog kak Izyan. Ila dapat inspirasi dari blog kak Izyan. Tengah syok baca entry-entry blog kak Izyan, tetiba dapat idea buat header macam tu.

Sebenarnya nak buat header yang scalloped edges lepas belajar buat scalloped edges untuk body ikut tuto kak izyan tapi bila nak buat scalloped edges untuk header tak reti pulak sebab kak izyan baru ajar untuk keliling blog (body) je. Lepastu, cancel je lah niat nak buat scalloped edges. Buat je lah yang biasa. Btw, banyak kali jugak tukar design header. Tiga empat kali jugak lah. Sikit-sikit tak kena. Akhirnya, itulah jadinya. Simple je kan.

Okayy, mesti ada juga kan yang tertanya-tanya macam mana Ila buat drop down menu bar tu? Nak tahu? Ila belajar kat tutorial seorang blogger ni --> http://www.duniashida.com/2013/02/tutorial-cara-nak-buat-drop-down-menu.html. Hah, korang kalau nak buat sekali click lah link tu, belajar kat situ ya.

Okayy footer pula sangat-sangat-sangatlah simple. Ila just buat "© 2010 - 2013 by Nur Nabilah Zahari". Okayy 2010-2013 ialah tahun Ila blogging. But FYI, blog ni Ila buat 2011. Kira ni second blog lah. First blog dah takde, dah kena blocked. Huaaaa. Okay stop sedih-sedih ni. HAHA!
Tak tahu apa lagi nak cerita. btw, Okay tak new design blog Ila ni?
Till then, Assalamualaikum.

Doodling Part 4 ~

Assalamualaikum.

Korang sihat? Hm, cuti sekolah dah tak lama. Homework dah siap? Ehehe, mesti ada lagi yang tak siap kan. Okay okay, korang baca title post pun boleh agak kan apa story hari ni. Back to the title.

Actually, cuti sekolah ni Ila berjaya buat dua doodle. \\cehh, dua je pun.// Cuti sekolah kemain lama lagi, baru dua doodle? Haha, biasa lah tu. Kadang rajin, kadang malas. So, ni lah dua doodle yang dimaksudkan tadi.

Ehehe, okay tak korang?
Till then, Assalamualaikum.

Anon? Dah tak ada kerja lain ke?

Assalamualaikum.

Eh, kalau korang tengok blog Ila, mesti nampak macam dah siap edit kan? Tengok luaran memang dah siap dah tapi ada lagi tak siap sebenarnya. Hehe, kemalasan pulak dah. Wakaka. K, tak ada kena mengena pun dengan title post. Ni pendahuluan lah. //Macam buat karangan pulak.\\ Abaikan. Ila kan memang suka merapu.

Ila sedih sebenarnya sebab Ila kena tuduh dengan satu anon ni. Dia kata, Ila asyik ikut akak Izyan bila akak Izyan tukar template je, Ila pun tukar jugak. Hm, Ila pun rasa macam betul apa kata anon tu tapi tak payah kot nak send chat macam tu. Anon ni kerja dia nak buat orang bermusuh je. Cubalah cari kerja lain yang lebih berfaedah -.- Ila just tukar template takde pulak tukar design sebijik macam akak Izyan. Ish.

Ila dah pun bagitahu akak Izyan berkenaan dengan hal ni. Dia sendiri kata yang blog Ila tak ada sama dengan blog dia. Chat yang mula-mula tu, Ila tak tuduh akak Izyan tapi Ila takut juga kalau memang betul Ila selalu ikut akak Izyan. Lepastu akak Izyan reply yang dia tak pernah send chat macam tu. Ila tahu akak Izyan baik orangnya, takkan pernah cakap macam tu.

Then, akak Izyan minta link Ila. Ila terus bagi link Ila. And akak Izyan kata design Ila memang tak ada yang sama dengan design blog dia. Tak percaya? Anon, see this!!! 

Sebena-benarnya, Ila jadikan akak Izyan dan seorang lagi blogger peramah, akak Aten sebagai inspirasi Ila dalam berblogging. Setiap hari, Ila mesti akan pergi blog diorang. Kalau terlepas nak baca entry-entry diorang, Ila akan rasa rugi sebab diorang selalu share tips-II ataupun info-II yang memang berguna. Bila diorang tak update entry, Ila akan refresh jugak blog diorang. Bila dah update, laju je Ila nak membacanya.

Ila baru je nak sambung edit blog tadi tapi bila bacakan chat anon tu, terus patah semangat nak mengedit. Hm, dunia blogging memang macam ni. Ada masanya kita jatuh, ada masa juga kita naik. Kita just kena banyak bersabar. Anon memang tak pernah serik dengan kerja mereka. Ish, ish, ish.
Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Melihat. Ingat tu!
Till then, Assalamualaikum.

Doodling Part 3 ~

Assalamualaikum. ♥
GIVEAWAY! BANYAK HADIAH YANG MENARIK. JOIN! JOIN!
Kembali lagi di entry kedua untuk hari ini. Lol, baru entry kedua? Orang lain dah tiga empat entry sekali online. Tapi Ila sekali online, baru satu dua entry je. Hahaa. Ila memang tak ada idea langsung nak update pasal apa. So memandangkan Ila ada hobi baru, update pasal hobi baru ni je lah. Yes! Mendoodle.

Ila try pulak buat doodle ikut tutorial Sis Munirah Rizal. Alhamdulillah, Ila faham dengan tuto dia. Sebenarnya, Ila lebih faham kalau ikut tutorial yang ada video dari yang just ada gambar je. So, ni lah hasilnya.
Sis Munirah Rizal just buat video tutorial untuk lukis doodle. So, warna pulak Ila minta bantuan adik Ila sebab dia tahu macam mana nak colour terus dekat SAI. Ila malas nak search google. Hahaa. Selama ni, Ila colour dekat Photoshop je. Nak juga try colour terus dekat SAI. Ila colour ni guna pen, so memang ada yang terconteng sana sini. Hehe. Kalau guna Bucket pun boleh juga. 

Kali ini, ila rasa puas hati sikit dengan doodle ni. Tapi Ila akan cari idea sendiri pula untuk buat doodle. Sebenarnya, banyak dah idea dalam fikiran tapi tak tahu macam mana nak ditransferkan menjadi doodle. Cuma sekarang ni, nak try buat doodle muslimah pakai tudung bawal seperti yang saya bagitahu dekat entry sebelum ini.

Inspiration from Sis Munirah Rizal
Korang, minta tolong click SINI. Terima kasih ^_^
Till then, Assalamualaikum.

Doodling Part 2 ~

Assalamualaikum. ♥
GIVEAWAY! BANYAK HADIAH YANG MENARIK. JOIN! JOIN!
Kali ini, Ila nak story pasal doodle juga. Ahaaa, ada something yang buat Ila agak happy tapi tak sangat sebab belum berpuas hati. Guess what? Ila dah pandai buat doodle full body! Okay, kalau semalam, Ila just pandai buat half doodle je, tapi hari ini Ila pandai buat full body doodle walaupun agak tidak comel di situ. Hahaa --> Doodling Part 1 <--

Ohhhh finally....
Tapi still buruk dan simple kan? Tak apa lah. Kita belajar dari kesilapan. *Eh?* Ila sekarang tengah cari tutorial nak buat doodle-doodle yang awesome lagi. And nak sangat belajar buat doodle muslimah pakai tudung bawal. Hihi.
Korang, minta tolong click SINI. Terima kasih ^_^
Till then, Assalamualaikum.

Doodling ~

Assalamualaikum. ♥
GIVEAWAY! BANYAK HADIAH YANG MENARIK. JOIN! JOIN!
Eh, baca title pun boleh agak apa yang nak distorykan malam ini kan. Hahaa. Yeahh. It's about doodle. Ila sedang belajar nak buat doodle yang awesome macam doodle pemilik blog ni Pinkizluv. Serious, doodle dia awesome sangat-sangat-sangat. Comel pulak tu. Hehe.

Ni lah doodle yang Ila buat. Ila ni memang malas. Half doodle je yang sempat. Cehh, orang lain satu hari boleh siap sepenuhnya. Ila satu hari pun baru siap half doodle. Hahaa, tak kesah lah. Tapi serious memang buruk sangat. Tak apa, Ila still belajar lagi nak improvekan doodle ni.
Dulu Ila dah pernah mendoodle-doodle ni. Tapi semuanya tetap buruk. Ila rasa nak mendoodle semula bila tengok akak Izyan ni. Rasanya dia pun baru juga dalam doodling tapi doodle dia dah macam orang lama dalam doodling. Comel sangat-sangat-sangat.

Ila tak tahu macam mana doodler dapat idea nak lukis itu ini. Yang Ila tahu just doodle bertudung cenggitu. Hahaa.
Korang, minta tolong click SINI. Thank you ^_^
Till then, Assalamualaikum.

Happy Birthday !

Assalamualaikum. ♥
Happy Birthday to me ,
Happy Birthday to me ,
Happy Birthday to Nabilah ,
Happy Birthday to me.
29 March haritu, my birthday. Happy Birthday to me. Hehe. Waktu 28 March, Ila tunggu tau sampai tepat jam 12 malam and 29 March! Finally, Happy Birthday to me! Hehe. Happynyaaa.

Ila happy sangat bila ada yang ingat dan wish. Thank you everyone. Tapi bagi Ila, tahun ni tak sebest tahun-tahun lepas. Haha, never mind. Just forget about it.

First day sekolah lepas cuti penggal pertama tu kan, Ila dapat cute note Happy Birthday from Insyirah. BFF Ila. Ila sayang diaaa. Dia bagi sticky note, so dia tampalkan note tu dalam diary Ila. Hihi. Balik sekolah, waktu tengah check diary, terperasan pulak note ni. Hehe.

 I'm already 4teen. Tapi lewat update entry. Hahaa.
Till then, Assalamualaikum.