Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Title entry kali ini agak menggembirakan semua pihak. /Eh?\ Tak ada lah semua pihak, tetapi saya gembira sangat. Nak tahu kenapa? Continue reading....

Actually, saya happy sebab semalam guru kelas bagitahu kedudukan kelas yang terbaru dan hari ini ada lagi cikgu bagitahu balik tentang kedudukan kelas yang terkini. Saya agak gembira sebab saya dapat sekelas dengan BFF macam tahun lepas dan masih kekal kelas pertama tanpa Arab macam last year. Tadi jugaklah cikgu-cikgu suruh form 2 berpindah ke kelas masing-masing. Nasib baik tadi tak perlu pindah kelas lagi. Kalau tidak, kenalah angkut satu-satu buku dan perkakas dalam meja tu. Hihi.

Tapi lepas ini maybe memang kena pindah naik atas balik sebab form 2 tahun ni memang sikit sangat berbanding form 1, so cikgu tutup satu kelas terakhir dan nanti salah satu kelas form 2 sekarang, maybe akan jadi kelas kami. Kelas asal kami atapnya bocor dan belum dibaiki. Kami sekarang duduk kat kelas form 4 yang jauh nun di sana. Tapi saya tak sure yang kelas kami perlu pindah naik atas sebab ramai cikgu bagitahu yang kelas kami stay je kat sini. Huhu.

Dah lah elektrik kejap-kejap ada, then tak ada pulak. Kipas slow sangat. Tapi apa-apa pun saya tetap bersyukur dengan keputusan cikgu-cikgu tu. Tak kisah lah kalau kipas slow ke apa tapi asalkan kitorang dapat belajar dengan gembira. Hihi. Ce bayangkan kalau tak dapat sekelas dengan bff. Mesti belajar pun tak enjoy. Kesian kat seorang kawan saya, dia tak dapat segeng dengan kawan-kawan dia.

Tadi pun ada yang menangis. Sebak je tengok. Saya ni, dah kira okayy sangat dapat sekelas dengan bff. Kelas pertama pulak. Hehe. Tapi kan, serious okayy, kat kelas ni, kalau datang awal, memang agak takut sedikit. Sebab jauh sangat dari kelas lain. Sebelah court and padang pulak tu. Lampu pun, kadang ada kadang tak ada. Kawan saya selalu datang awal. Saya? Memang tidaklah datang awal. Haha.

Agak-agaknya result saya waktu peperiksaan last year berapa ya? Hihi. Guess how many A's I got. Jeng jeng jeng. Saya dapat 3A 5B. Keputusan tidak memuaskan tapi kira okayy dah sebab tak ada C. Kedudukan dalam tingkatan pulak, number 3 over 90 plus. Ayah and mama suruh dapatkan number 1. Err, macam tak yakin sebab kawan saya yang selalu dapat number 1 tu bijak sangat la. Entah la. Tapi lepas ni, kena berusaha lebih bersungguh-sungguh lagi. Aja aja fighting!
Alhamdulillah. Syukran Allah.
Till then, Assalamualaikum.

New look :D

Assalamualaikum.  

Lama sangat-sangat tak update blog saya yang dah cantik sangat bersarang ni. Yelahh tu bersarang kan. Haha. Sebenarnya, setiap hari saya buka blog untuk melawat peserta-peserta First Simple Giveaway by Nazarah. Sambil-sambil itu saya check chatter box saya. Kalau sempat dan ada masa, sesiapa yang berkunjung ke sini, saya akan berkunjung semula ke blog korang dan InsyaAllah akan difollow back. Rajin-rajinkan berkunjung ke blog saya ya.

Haaa, korang perasan ke tidak perubahan kat blog saya ni? Siapa pulak lah yang tak perasan kan. Hihi. /bajet betul la hang ni\ Eh, eh, blog saya dah berwajah baru la. New look kata orang. NurNabilahZ's blog in purple? Oh, apa kata korang. Okeyy tak? OK or KO? Haha. Mesti ada ni yang cakap dalam hati buruk sangat blog die. Haha. Tidak mengapa, saya tak kesah pun. Sebab saya sedar memang buruk pun. Tak terasa lah. Hihi.

Tema blog saya kali ini ialah purple. Purple memang warna kesukaan saya. Selama ini asyik pink je memanjang. Saya memanglah gemar warna pink. Warna pink memang tidak dapat dipisahkan daripada saya tetapi warna kesukaan lagi kegemarannya sebenarnya ialah purple atau ungu. Tapi soft purple je lah.

Header inspirasi daripada blog Izyan Nazirah. Footer juga inspirasi daripada blog Izyan Nazirah. Korang boleh lah singgah-menyinggah ke blog Izyan ye. Blog dia sangat-sangatlah awesome. Dia juga ada sediakan tutorial dan freebies. Pasal background, saya tak menyempat lagi nak tukar sebab saya rasa background yang saya guna ni dah okeyy sangat.
Nak buat tutorial dan freebies. Nantikan ya bloggers semua. 
Till then, Assalamualaikum.