School #FirstDay (2015)

Assalamualaikum readers.

Harini 11 Jan first day sekolah. Hahaha datang-datang sekolah dalam pukul 7 pagi terus masuk kelas. {{kita dah tak payah tunggu kat minang tu haha}}, at first kerusi meja apa semua dah tersusun elok dah lepastu cerita-cerita la ngan kengkawan sebab dah lama kot cuti (ceh macam tak jumpa je time cuti lol), yelah gelak-gelak sakan dulu lah kan.

Okay then loceng bunyi. Kena gi dewan semua. So bila kita ni dah pengawas terpaksa la kena duduk belakang sekali. Tapi nasib baik cikgu buat pengumuman, budak-budak yang dapat duit hafazan kena duk depan sekali sebab nanti senang nak keluar. So duduk depan la aku {{tapi belakang cikgu-cikgu laki la}}, so awkward gak sebab kena duduk depan budak-budak laki. Okay after dah perhimpunan apa semua, masuk kelas ah. Tak belajar lagi sebab kena settle perlantikan jawatan dalam kelas. Okay dah lepastu recess {{recess kite dah lewat sebab kite dah upper form}} Hahaha.

Lepastu after rehat baru start belajar. Belajar sivik, cg bagi peluang cakap apapun kita nak cakap. Best gak time ni even malu sikit sebab tak biasa lagi kan dengan new classmate hahaha. Pastu subjek english. Weh takut weh nak exam english masa tc explain pasal exam {{paper 1 and 2}}. Banyak gila kot essay kena buat. Pastu 350 words pulak tu, agak-agak satu muka surat + separuh muka surat. Banyak gila kot. Aku paling banyak pun masa lower form, essay 1 muka surat. Paling banyak tu woi. Ahhhh kena banyak baca lagi ah kalau nak reti tulis essay. Haihhh. Berdebar pulak tetiba nak spm tahun depan T_T

Till then, Assalamualaikum.

Selamat Tinggal 2014

Assalamualaikum readers.



So yeah lama gila en aku tak update entry. {{setahun weh tak update}} Actually aku tak update sebab aku tetiba rasa cam malas gila dah nak blogging, pastu kan pastu kan harini {{11 Jan}} tetiba aku rasa nak sambung blogging. Sayang ah pulak kat dunia blogging. Dah lama kot aku berkecimpung dalam dunia blogging. Boleh kata semua dah aku alami like kena bash etc ok tu memang perkara biasa kalau dah jadi blogger kan. Dah boleh wat lek wat cool. Hahaha

Okay senanye aku dah lewat update entry new year wakakaka. I dont even care lol sebab aku tahu takde orang nak baca pun aihh. Yelah dah berkesempatan ni en so wishing ya all Happy New Year.

Weh weh aku dah form 4. Sedar tak sedar lagi setahun nak SPM dah weh. Kalau dah tahun baru mesti lah azam pun kena baru kan. So harapan aku, aku boleh catch up semua benda yang cikgu ajar. Semua subjek baru en. Fyi, aku ambik pure science {{nak jadi doc lah katakan}}. Ok aku kena hadapi subject-subject killer dengan tenang. {{takut gak senanya}}. Aku tak boleh dah la malas. Dah upper form kot. Hahaha

Till then, Assalamualaikum.

Happy Teacher's Day!

Assalamualaikum readers.


Sempena Hari Guru ini, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih buat semua guru di seluruh Malaysia terutamanya mama aku sendiri. Terima kasih atas jasa kalian dalam membimbing aku sehingga sekarang. Aku sayang cikgu-cikgu aku. Selamat Hari Guru! Jasamu sentiasa dikenang selalu.

Teringat pulak masa sekolah rendah, Aku selalu baca sajak hari guru. Persembahan hari guru. Ahh, I miss the memories when I still in standard 1 to 6. Sekarang dah form 4. Dah tak selalu baca sajak kat depan orang ramai. Tapi pernah juga, baca sajak masa form 2, ada pertandingan sempena Merdeka Day. Tu pun first time sepanjang sekolah menengah ni. Aku dengan kawan aku baca sajak merdeka, wakil kelas. Even tak menang, tapi kitorang dapat pengalaman dari tu.

Aku memang suka tau baca sajak ni. Compare to puisi, syair, pantun, aku prefer sajak. Hehe. Dalam suka tu lah, sometimes malu sebab kena berdepan dengan orang ramai kan. Hahaha. Aku sangat suka sajak karya Usman Awang. Bila baca je sajak tahun 1979 ni, rasa bersemangat.


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
1979

Happy Teacher's Day to all teachers in the world

Till then, Assalamualaikum.