Teringat pulak masa sekolah rendah, Aku selalu baca sajak hari guru. Persembahan hari guru. Ahh, I miss the memories when I still in standard 1 to 6. Sekarang dah form 4. Dah tak selalu baca sajak kat depan orang ramai. Tapi pernah juga, baca sajak masa form 2, ada pertandingan sempena Merdeka Day. Tu pun first time sepanjang sekolah menengah ni. Aku dengan kawan aku baca sajak merdeka, wakil kelas. Even tak menang, tapi kitorang dapat pengalaman dari tu.
Aku memang suka tau baca sajak ni. Compare to puisi, syair, pantun, aku prefer sajak. Hehe. Dalam suka tu lah, sometimes malu sebab kena berdepan dengan orang ramai kan. Hahaha. Aku sangat suka sajak karya Usman Awang. Bila baca je sajak tahun 1979 ni, rasa bersemangat.
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Happy Teacher's Day to all teachers in the world
Till then, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment