First day of school session ^^

Assalamualaikum readers.


Welcome 2014! Hari ini, 1 January 2014, bermulalah sesi persekolahan untuk tahun 2014. Yes, I'm fifteen but not official fifteen. Hehehe. Alhamdulillah, harini semuanya berjalan dengan lancar.

Pagi-pagi Ila sampai sekolah dalam lebih kurang pukul 6.45 {{awal gila kan? haha}} Lol nak tanda tempat awal punya pasal en. Haha. Okay okay. Ila datang tu dah ada dah budak form 1 yang datang tunggu kat pondok Minang. Dalam lima minit tunggu, classmate Ila datang. Dia ajak naik, so Ila pergi lah. Gelap gila youuuu.

Okay tak sampai 10 minit. Dah ramai yang datang. Masa tu day datang then terus tunjuk hasil sketch kedudukan kelas. Kitorang pilih yang paling sesuai dan majoriti setuju. Tapi kitorang tak susun before assembly sebab tak sempat dah. Masa assembly tamat, cepat-cepat masuk kelas lepastu susun meja before guru kelas masuk.

Then, guru kelas masuk discuss pasal kelas. Pemilihan ketua, penolong ketua and etc. Ila jadi penolong Bendahari. 3 tahun berturut-turut. Masa form 1, Ila jadi Bendahari. Form 2 and Form 3 jadi Pen. Bendahari. K, turun pangkat. Hahaha. Dah siap bincang apa semua, sesi pembelajaran bermula seperti biasa.

Mula belajar dengan subject kedua, iaitu Sejarah. Okay subject killer. Cikgu masuk macam biasa. Alhamdulillah fahamlah sikit-sikit. Doakan Ila supaya sentiasa faham apa yang cikgu ajar ya. Amin ~ Okay first day dah ada homework. Actually Ila kena buat nota sejarah dah ni tapi pause kejap memandangkan esok tak ada subject sejarah. Ni sebenarnya tengah rushing type entry ni sebab nak sambung buat nota. Ila suka sangat sebab cikgu bagi bebas kita nak buat nota cemana. Asalkan kita faham. Nak type guna laptop pun boleh. Hehehe.

Lepastu recess. Okay after recess, subject pendidikan Islam. Masuk intan cyber. Tak mula belajar lagi cuma ustazah jelaskan lah tajuk-tajuk / topik-topik yang kitorang akan belajar. After subject pendidikan Islam, subject sivik. Then, subject Math. Dah mula belajar bab 1. Dan dah diberikan homework. Ila dah siapkan petang tadi atas bantuan Insyi jugak lah. Ila call dia then tanya soalan yang tak faham. Ila rasa macam susah gila tapi Insyi sekejap je dah siap. {{Ila memang tak reti sangat subject math. Hurm T_T}}

Okay, so harini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.
Semoga tahun 2014 adalah lebih baik dari tahun 2013. InsyaAllah :)

Till then, Assalamualaikum.

4 comments:

iu-hazirah said...

selamat tahun baru
jemput join
http://www.iuzira.com/2014/01/handphone-giveaway-by-syuhada1981com.html

fiqah hamed said...

Seelamat menempuh alam spm pula yer dik..^^
Dik ambil bidang apa??

Nur Nabilah said...

fiqah hamed : hehe dua tahun lagi kak. btw, maksud akak apa yang bidang tu ye? :))

A SY said...

U R Tagged! http://paranoiaaisyah.blogspot.com/2013/12/zahra-bakar-collection-giveaway.html