Minggu sukan ^^

Assalamualaikum. ♥
GIVEAWAY! BANYAK HADIAH YANG MENARIK. JOIN! JOIN!
Baca tajuk, sure korang dah dapat agak apa yang akan dibincang pada malam ini. Tapi title agak umum, boleh jadi korang fikir saya busy dengan sukan. Oh oh memang tidak sama sekali, me? Olahraga kat sekolah pun tak masuk, apa lagi yang up-up lagi kan. Haha lol. Malas nak masuk. Bukan nak jaga warna kulit, just malas nak hadir latihan petang-petang. /Malas k malas\.

Actually, minggu ni minggu sukan. So, jawabnya memang ramailah cikgu yang takde. Busy dengan sukan. Semalam banyak jugak cikgu tak masuk kelas. So, the answer is homework pun tak banyak. /Malas betul bila kena buat nota\. Alhamdulillah, nota sains yang dah tertangguh lamanya tu dah siap. /Sampai tajuk yang belajar je\. Malas lagilah kalau nak buat tajuk yang belum belajar tu. Kalau time rajin, 'ter'lebih rajin pulak. Tapi sekarang, serious m-a-l-a-s.

Kat sekolah, sure masa yang terluang tu akan diisi dengan borak-borak ngan kawan-kawan tapi kejap-kejap baca buku jugak. /Bajet rajin\. Haha, tapi tak adalah kitorang merayau-rayau ke sana sini. Kadang ada cikgu ganti, so kena duduk dalam kelas buat homework. Saya ngan kawan-kawan biasanya akan ke makmal komputer. Kitorang ada kerja kat sana, bukan saja-saja nak datang sana.

Walaupun cikgu takde, jadual still padat je. Nak selesaikan itu ini. Tapi tak selesai-selesai jugak. Homework pun tak bergerak jugak. Banyak lagi sebenarnya. ICT kena buat pasal Antivirus and what ever guna powerpoint, then kena buat presentation bulan 4 ni. Sains pulak kena buat buku skrap pasal deria penglihatan and pendengaran. Kena hantar minggu pertama bulan 4 jugak!

Bagi saya, memang tak sempat nak buat semua tu. Haha nanti mesti ada yang mintak tangguh tempoh hantar semua kerja tu. Tapi, apa-apapun akan saya usahakan. Lagipun akhir bulan 3 ni cuti seminggu. /Seminggu je, mana cukup.\ Huaaaa. Kena cari masa buat semua tu. Tak start apa-apapun lagi. Nak mulakan dengan apa pun saya tak tahu.
Eh, dah lari tajuk. Haha biar je lah.
Till then, Assalamualaikum.

1 comment:

lina lilo said...

jom join..hadiah best

http://luvlina.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-linas-journey.html